Antarabangsa

Monkeypox Mungkin Boleh Berjangkit Melalui Susu Ibu – Doktor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 30 JULAI 2022 – Penyakit monkeypox yang kini dilaporkan semakin menular dikatakan boleh berjangkit melalui susu ibu yang positif wabak tersebut, menurut Robert Sinto, Doktor Perubatan Dalaman di Hospital St. Carolus Salemba, Jakarta, Indonesia.

Beliau dalam satu kenyataan menyarankan kepada ibu-ibu supaya tidak memberikan susu kepada bayi sekiranya mereka dijangkiti wabak tersebut sehingga mereka sembuh bagi mengelakkan jangkitan berpindah kepada bayi kerana dilaporkan ia boleh berlaku melalui kontak rapat dan cecair badan.

“Ibu yang menyusukan bayi tidak seharusnya memberikan susu ibu sekiranya terbukti menghidap cacar monyet.”

Selain itu, beliau juga menasihatkan ibu yang menyusukan agar mengelakkan memberikan susu secara tidak langsung kerana penularan bukan sahaja berlaku melalui sentuhan kulit antara ibu dan bayi, tetapi juga susu ibu yang diminum oleh bayi.

“Memerah juga tidak dibolehkan, jadi semasa menghidap cacar monyet, lebih baik berhenti menyusu sama sekali.”

“Oleh kerana kedua-duanya melalui aliran darah (seperti yang terdapat dalam sperma), virus ini mungkin berjangkit daripada susu ibu. Jadi bagi ibu yang dijangkiti, jangan berikan susu ibu,” tegas beliau lagi.

Doktor Robert Sinto juga memaklumkan bahawa penyelidikan lanjut berkaitan perkara ini masih dilakukan.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan jangkitan Monkeypox sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)).

Menurut WHO, jangkitan monkeypox juga dilaporkan berlaku dalam kalangan gay, biseksual dan lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM). Pekerja seks dan transgender juga antara individu yang terdedah dan berisiko tinggi dijangkiti monkeypox.

Leave a Reply

Back to top button