Antarabangsa

Monkeypox Boleh Tersebar Melalui Titisan Pernafasan – WHO

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 25 Mei 2022 – Virus monkeypox boleh merebak menerusi titisan pernafasan selain boleh dijangkiti mereka yang terdedah secara hampir dengan luka, cecair tubuh dan peralatan yang telah dicemari virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkhabaran WHO ini agak menyamai apa yang telah dimaklumkan oleh pakar-pakar perubatan pada masa lalu mengenai COVID-19 sewaktu gelombang pertama jangkitan virus itu di peringkat global, bahawa penyakit ini juga boleh dijangkitkan menerusi titisan pernafasan.

Antara gejala cacar monyet yang dilaporkan – demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Kewujudan penyakit ini pertama kali telah direkodkan di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.

Kebanyakan kes yang dilaporkan di sekurang-kurangnya sedozen negara baru-baru ini adalah melibatkan ratusan lelaki muda yang menyebarkan jangkitan wabak monkeypox menerusi aktiviti seks gay dan biseksual mereka, menurut WHO.

Negara-negara yang disenaraikan WHO telah dijangkiti virus tersebut adalah Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

WHO telah mengadakan mesyuarat kecemasan pada hujung minggu lepas berkenaan wabak ini dan bakal mengadakan mesyuarat kedua di peringkat global pada minggu hadapan bagi membincangkan tentang kajian risiko serta kaedah rawatan yang sedia ada bagi memerangi virus ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: