Antarabangsa

Sah, Air Mani Pembawa Virus Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROM, 02 Julai 2022 – Keputusan awal mencadangkan air mani/sperma boleh menjadi pembawa jangkitan virus monkeypox, dedah sekumpulan penyelidik di Itali.

Penyelidik di Institut Spallanzani, hospital yang juga merupakan fasiliti penyelidikan penyakit berjangkit yang berpangkalan di Rom itu pertama kali mendedahkan dalam sebuah laporan, bukti kewujudan virus monkeypox dalam air mani empat orang pesakit penyakit tersebut di Itali.

Mereka kemudiannya mengembangkan lagi kajian mereka dan mendapati, air mani dalam 14 daripada 16 pesakit yang dijangkiti mengandungi virus monkeypox, kata Ketua Pengarah Institut Spallanzani, Francesco Vaia.

“Penemuan ini memberitahu kita bahawa kehadiran virus dalam sperma bukanlah kejadian yang jarang berlaku atau rawak,” katanya.

Menurut laporan kajian laman web Eurosurveillance, penemuan awal mendapati kes empat orang pesakit lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki dan kemudiannya mendapat jangkitan monkeypox.

“Semua pesakit telah pergi mengembara dalam dua minggu pertama Mei 2022. Tiga dari pesakit mengambil bahagian dalam acara perhimpunan besar-besaran di Pulau Gran Canary (GCI) dan seorang mengembara untuk kerja seks. Semasa dalam perjalanan, mereka melakukan hubungan seks tanpa kondom dengan pasangan lelaki yang berbeza,” kata laporan itu.

Terdahulu, pakar di United Kingdom mengesyaki bahawa punca wabak monkeypox merebak di benua itu berpunca daripada dua pesta seks di Belgium dan Sepanyol.

Ini kerana kebanyakan pesakit awal wabak ini adalah daripada golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki.

Penyakit monkeypox ini boleh berjangkit akibat aktiviti seks, dan kebanyakan kes di United Kingdom (UK) melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Kumpulan jaringan seksual gay ini juga adalah yang paling terkesan dengan jangkitan HIV sejak berdekad lalu sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: