Antarabangsa

Cacar Monyet: Belgium Wajibkan Kuarantin 21 Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 24 Mei 2022 – Belgium adalah merupakan negara pertama dalam dunia yang memperkenalkan kuarantin 21 hari bagi pesakit cacar monyet sebagai langkah persediaan menghadapi penyakit ini yang sedang merebak di peringkat global.

Pihak kesihatan Belgium mengambil langkah ini selepas negara tersebut melaporkan kes yang ketiga jangkitan virus itu.

Baca: Mantan Ahli Majlis India Terbunuh Atuk Kerana Disangka Muslim

Baca: 12 Negara Dijangkiti Virus Cacar Monyet

Baca: Lelaki Gay Paling Banyak Dijangkiti ‘Monkeypox’

Kuarantin wajib Belgium itu hanya dikenakan ke atas pesakit yang sudah disahkan dijangkiti wabak. Kontak rapat tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin kendiri tetapi cuma digalakkan untuk mengambil sikap berhati-hati, terutamanya ketika berurusan dengan mereka yang mudah dijangkiti.

“Mereka yang telah dijangkiti perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga sembuh. Mereka akan menerima arahan yang lengkap mengenai ini daripada doktor yang merawat,” menurut kenyataan kerajaan Belgium.

Penyakit ini adalah merupakan jangkitan virus yang jarang sekali berlaku. Kali pertama kes direkodkan adalah di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.

Antara gejala cacar monyet yang dilaporkan – demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Penyakit cacar monyet ini boleh berjangkit akibat aktiviti seks, dan kebanyakan kes di United Kingdom (UK) kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: