Boikot Ekonomi Umat Islam Kerana Mereka Tak Hormat Lembu – Pramod Muthalik
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KARNATAKA, 31 Mac 2022 – Pasukan Tentera Dewa Rama (Sri Ram Sene) melancarkan boikot ke atas semua bentuk perniagaan umat Islam kerana mereka tidak hormatkan lembu dan memakan dagingnya, tegas Pramod Muthalik, pengasas Sri Ram Sene.
BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
“Kami mahu boikot ini diluaskan kepada semua aktiviti perniagaan yang umat Islam jalankan dan bukannya hanya sekadar di sekitar kuil-kuil sahaja. Kita buat ini untuk ubah pemikiran umat Islam. Ini selari dengan prinsip kita bahawa setiap perbuatan pasti akan ada tindak balas.”
“Ini akan diteruskan sehingga mentaliti umat Islam berubah. Sifat mengasingkan diri dan bilangan yang berkembang adalah sangat merbahaya kepada masyarakat.”
“Ini akan berterusan sehingga penyembelihan dan perbuatan memakan daging lembu dihentikan. Kami akan paksa umat Islam untuk menghormati semua undang-undang dan peraturan negara ini.”
Pemulauan ekonomi ini adalah sesuatu yang tidak bermasalah kerana tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam, dakwa pemimpin Pasukan Tentera Dewa Rama itu.
“Tidak sepertimana umat Islam, kami tidak ke sana sini menghunuskan senjata. Kami lakukan ini hanya untuk menyelamatkan negara ini.”
Beliau mendakwa umat Islam telah menzalimi para penganut Hindu dalam bentuk Jihad Cinta, pembunuhan aktivis-aktivis Hindu, dominasi ekonomi dan pengislaman.
Beliau meluahkan rasa kecewanya kerana pihak kerajaan negeri yang dikuasai parti BJP terdiri daripada golongan “pengecut” kerana tidak berani untuk mengambil tindakan tegas terhadap umat Islam.
“Kerajaan Negeri tidak mampu untuk hentikan sembahyang pagi yang telah diputuskan sebagai haram oleh mahkamah. Saya anggap ia adalah kerajaan pengecut.”
Beliau berkata, pihaknya akan mengerahkan anak-anak muda untuk menyenaraikan semua kedai-kedai yang dimiliki oleh umat Islam di bandar-bandar kuil supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli daripada mereka yang tidak menghormati lembu dan memakan dagingnya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa umat Islam tergamak mencari nafkah di kawasan yang berhampiran dengan kuil. “Jika kamu tidak beriman dengan Dewa-Dewa Hindu, kenapa kamu hendak cari nafkah di tempat-tempat sebegitu?”
Baginya, penganut Hindu pula bebas untuk berniaga di kawasan berhampiran masjid atau semasa sambutan perayaan umat Islam.
“Itu kerana penganut Hindu terima kewujudan banyak Tuhan. Umat Islam pula beriman dengan satu Tuhan sahaja.”