Antarabangsa

India Catat Kes Kematian Monkeypox Pertama Di Asia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 02 Ogos 2022 – Seorang lelaki India berusia 22 tahun dari Selatan Kerala, India dilaporkan maut akibat jangkitan monkeypox sekaligus merekodkan kes kematian monkeypox pertama di Asia.

Menurut keluarganya, mangsa sebelum ini telah disahkan positif jangkitan monkeypox ketika melakukan ujian di United Arab Emirates (UAE) sebelum kembali ke India, ujar Menteri kesihatan Kerala, Veena George.

“Individu itu tiba di Kerala pada 21 Julai tetapi pergi ke hospital hanya pada 26 Julai apabila dia menunjukkan gejala keletihan dan demam,” kata Menteri, K Rajan.

K Rajan menasihatkan orang ramai untuk tidak panik kerana Kerajaan telah mengambil langkah pantas dengan mengasingkan 21 individu yang berhubung dengan mangsa dan setakat ini tiada seorang pun daripada kenalan utama mangsa menunjukkan gejala.

Kementerian Kesihatan Persekutuan India juga telah membentuk Pasukan Petugas Pegawai Kanan bagi memantau kes monkeypox di negara terbabit, yang mana media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya lima jangkitan telah dikesan.

Semalam, Samudera.my melaporkan bahawa New York telah diisytihar darurat. Gabenornya, Kathy Hochul terpaksa mengisytiharkan darurat bencana disebabkan oleh peningkatan kes monkeypox, menurut pengumuman rasmi Gabenor di laman web kerajaan New York.

“Setelah menyelidiki data terkini penyebaran monkeypox di negeri New York, saya mengisytiharkan Darurat Bencana Negeri bagi menguatkan lagi usaha agresif secara berterusan bagi menghadapi wabak ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: