Tempatan

Mayat Budak 9 Tahun Ditemui Dalam Sungai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 01 Ogos 2022 – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan Rizat Muhammad Salleh, 9, yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui mati lemas.

Jenazah mangsa ditemukan di Sungai Plentong pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam, lapor sebuah akhbar tempatan.

Sebelum itu, polis menerima laporan dari ibu mangsa bahawa Rizat tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

“Ibu mangsa membuat laporan pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, Jumaat lalu. Namun, pada pukul 11.30 pagi hari ini, Balai Polis Plentong menerima makluman awam bahawa terdapat satu mayat ditemukan lemas di kawasan Sungai Plentong,” kata Superintenden Mohd. Sohaimi.

Susulan penemuan, bapa mangsa, Muhammad Salleh Abdullah, 51, mahu pihak polis menyiasat kebenaran kematian Rizat.

“Rizat tidak pandai berenang. Jadi, saya cuma mahu tahu apa yang berlaku, adakah dia terjatuh sendiri atau ada sebab-sebab lain sehingga perkara itu menimpanya.”

Katanya lagi, selepas dimaklumkan mengenai kehilangan Rizat, mereka sekeluarga berusaha mencarinya dan bertanya kepada dua rakan-rakan Rizat.

“Kami sekeluarga berusaha mencari dia dan bertanyakan dua rakannya yang diketahui ada bersama-samanya pada hari kejadian. Namun, pelik apabila kedua-dua rakannya enggan bekerjasama dan memberitahu di mana Rizat berada, sebaliknya mengunci pintu kediaman masing-masing hingga ke hari ini,” ujarnya.

“Walaupun berasa sedih dan terkejut, saya tetap berasa lega kerana keberadaannya sudah diketahui dan kini saya berharap polis dapat membantu mencari punca sebenar kejadian,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: