Tempatan

Kekalkan Darurat Tetapi Lumpuhkan Badan Eksekutif – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

MELAKA, 20 Jun 2021 – Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan, Malaysia perlu keluar daripada sistem politik sedia ada dengan segera, tanpa perlu menamatkan darurat bagi membolehkan pentadbiran negara terus berjalan lancar tanpa gangguan politik.

“Darurat perlu dikekalkan kerana Malaysia sedang berdepan penularan pandemik Covid-19, tetapi pada masa (yang sama) wujud darurat politik yang tidak terlihat secara zahir.”

Tetapi, badan eksekutif yang ada kini perlu ‘dilumpuhkan’ dahulu dan meletakkan urus tadbir negara di bawah satu jawatankuasa penasihat.

“Jawatan Perdana Menteri dan barisan Kabinet perlu dihapuskan. Letakkan kuasa urus tadbir negara pada pihak yang lebih arif supaya kita boleh keluar daripada kemelut ini secepat mungkin.”

“Kita kena bertindak bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya masalah ekonomi, kesihatan, sosial dan politik dapat diselesaikan segera. Jalan penyelesaian sudah ada, cuma kita berani atau tidak untuk melaksanakannya.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button