Antarabangsa

‘Spider-Man Gay’ Bakal Muncul September Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 01 Ogos 2022 – Marvel Comics bakal memperkenalkan satu watak yang akan mengubah landskap budaya popular dalam ‘Edge of Spider-Verse #5 pada September ini dengan mencipta satu watak adiwira berkostum, Web-Weaver. Watak itu didakwa membawa identiti sebagai ‘Spider-Man Gay’ yang pertama dan akan mencipta sejarah antara Spider-Man bersama golongan LGBTQ+, lapor media luar.

Laporan sama memaklumkan bahawa watak ‘Spider-Man Gay’ ini akan mewakili lebih ramai penonton yang bersifat sedemikian dan merasakan seperti diri mereka lebih dilihat dan dikenali.

Web-Weaver, hasil ciptaan Steve Fox dan Kris Anka itu akan membawa watak sebagai pereka fesyen di Van Dyne yang mempunyai keperibadian tidak terlalu lemah-lembut. Watak itu akan mempersembahkan kepada penonton sejenis ‘Spider-Slayer’ yang berbeza sebaik sahaja ia mendapat kuasanya.

Walaupun butiran mengenai watak itu masih kekal misteri, Steve Fox mengambil kesempatan dengan memberi sedikit gambaran kepada pengikutnya di Twitter bahawa Web-Weaver akan menjadi wakil bagi golongan LGBTQ+.

“Sesuatu yang terus saya sedar semasa mencipta watak Web-Weaver ialah dia tidak dan tidak sepatutnya mewakili semua lelaki gay. Tiada satu watak pun boleh. Identiti femininnya yang berani tanpa rasa takut itu ialah jati dirinya, tetapi itu bukan CERITANYA…di mana anda boleh alami sendiri pada bulan September ini!” ujar Foxe dalam satu hantarannya di Twitter.

Tidak melepaskan peluang, Kris Anka juga memuat naik hasil watak yang dihasilkannya itu dalam akaun Twitternya miliknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: