“Tuhan Tak Jadikan Pun Kanabis Sia-Sia” – Yasin
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 23 Jun 2022 – “Tuhan tak jadikan pun kanabis sia-sia. Tujuan kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik,” kata penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman semalam sewaktu diiring keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
“40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis, perubatan,” ujarnya di dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.
“Tuhan tak jadikan pun kanabis sia-sia, tujuan kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik”- Yasin #ganja #marijuana pic.twitter.com/hlvdqwPe4K
— zareen (@ZareenH_s) June 22, 2022
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen media sosial Twitter, kenyataan Yasin itu telah dibangkang dan dipertikai oleh orang ramai.
Menurut @ZareenH_s, seorang pengguna media sosial, “Ada benda Tuhan buat untuk ujian, pandai-pandai la pilih.”
@amfvas pula berkata, “Macam mana kalau ganja dijadikan sebagai ujian kepada umat manusia ??”
Seorang lagi pengguna Twitter, @danteana1405 menegaskan, tujuan semua dadah asli adalah untuk rawatan, namun ia perlulah dikendalikan oleh orang yang berilmu.
“Semua dadah asli asasnya itulah tujuannya, untuk rawatan tapi kena orang berilmu yang kendalikan.”
Manakala @afiq83 pula berkata, “Ikut logik ni, tuhan jadikan lelaki dan perempuan pun tidak sia-sia… tapi ada yang suka kaum sejenis. Dunia ni adalah ujian brother yassin…”
Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam diberitahu, kes pendakwaan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman kerana menanam 17 pokok ganja kekal mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, lapor Harian Metro.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, seksyen itu kekal mengikut laporan kimia yang diterimanya.
Hakim Jamaludin Man menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan kes.