Tempatan

Hampir Setiap Rumah Di Golok Nikmati Minyak Masak Bersubsidi Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BACHOK, 07 Julai 2022 – “Minyak masak paket dari Malaysia berkualiti. Sebab itu orang Thailand suka gunakan minyak masak dari Malaysia apabila memasak,” ujar seorang penduduk ditemui wartawan Sinar Harian.

Menurut tinjauan penyamaran wartawan Sinar Harian di sekitar pekan Sungai Golok, penduduk di sana mengakui mereka sememangnya membesar dengan minyak masak dari Malaysia malah ada yang yang menggunakannya selama lebih 30 tahun.

Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di pekan Golok mempunyai bekalan minyak bersubsidi Malaysia memandangkan harganya jauh lebih murah berbanding minyak masak negara itu.

Minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepeket, mahal sedikit berbanding sebelum ini RM5.80 hingga RM6.

Penduduk di Golok, Thailand, Aziz Mohd memaklumkan minyak subsidi Malaysia itu dijual secara terbuka tanpa larangan di kedai runcit dan pasar pagi di negara berkenaan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Imah pula berkata mereka tidak tahu sama ada ia menjadi kesalahan apabila minyak ini dibawa masuk ke Thailand kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya sudah sekian lama.

Perkara itu diakui Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam pada sidang media selepas melawat kilang pembungkusan minyak di Beris Kubor Besar pada Selasa lalu.

Katanya, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak kementerian dan siasatan sedang dijalankan.

“Satu perbincangan khusus dengan semua agensi penguatkuasaan sudah diadakan bagi membincangkan masalah ketirisan minyak masak dan menyelaras tindakan untuk mengurangkan kegiatan penyeludupan agar setiap agensi dapat memainkan peranan masing-masing.”

Jelasnya, pemeriksaan akan dilakukan di setiap peringkat (pengilang, pembungkus berlesen, pemborong dan peruncit) bagi mengesan penyeludupan itu.

Tegasnya, pihak yang terbabit ketirisan minyak masak bersubsidi akan digantung lesen dan kuota selain disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: