Antarabangsa

Thailand Bakal Hadiahkan 1 Juta Pokok Ganja Percuma

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 15 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Thailand mengumumkan bahawa kerajaan bakal memberikan 1 juta batang pokok ganja secara percuma kepada rakyatnya sebagai sebuah insentif.

Insentif tersebut adalah bagi mempersiapkan rakyatnya bagi menerima sebuah undang-undang baru yang akan berkuatkuasa bulan hadapan.

Undang-undang baharu tersebut membenarkan rakyat Thailand untuk menanam pokok ganja sendiri bagi menggunakannya sendiri untuk tujuan kesihatan atau perniagaan berskala kecil.

Pakar turut menjangkakan bahawa usaha ini akan menarik minat pemerhati luar, termasuk dalam ‘memancing’ pelancong dan pelabur asing.

Usaha Thailand dalam meringankan undang-undang terhadap ganja di Thailand bermula semenjak 2019 lagi, di mana penggubal undang-undang Thailand membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Undang-undang tersebut turut membenarkan urusan jual beli kanabis dengan kadar tetrahydrocannabinol (THC) yang rendah.

Pakar meramalkan bahawa usaha ini akan mengembangkan ekonomi Thailand, di mana ia merupakan antara negara terawal yang meringankan undang-undang berkaitan ganja.

Leave a Reply

Back to top button