Tempatan

Pengunjung Malaysia Ke Thailand Dinasihatkan Buat Saringan Air Kencing Sebelum Balik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 23 Julai 2022 – Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengingatkan kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk melakukan saringan air kencing sebelum pulang ke tanah air bagi memastikan mereka bebas dari ganja.

“Memandangkan kita sebagai pelancong yang berkemungkinan tidak mengetahui produk makanan yang diambil sama ada ia mengandungi ganja atau sebaliknya. Oleh itu bagi memastikan diri kita bebas daripada bahan terlarang itu, sebelum pulang ke Malaysia, nasihat saya buat ujian kendiri tersebut,” tegasnya.

Lapornya kepada Utusan, saringan air kencing berkenaan boleh dilakukan menggunakan kit ujian mengesan ganja sebelum mereka pulang ke negara ini bagi memastikan mereka bebas dari bahan terlarang itu.

Katanya, sekiranya didapati positif sekembalinya mereka ke negara ini, mereka boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Malah, sebarang produk berasaskan ganja yang boleh membawa kepada khayal turut boleh disabitkan di bawah akta tersebut, begitu juga jika memiliki atau mengedarnya di negara ini.

Bulan lalu, akhbar Utusan melaporkan bahawa rakyat Malaysia diingatkan untuk berhati-hati apabila memasuki Thailand kerana dikhuatiri ganja digunakan sebagai bahan masakan setelah negara itu memberi kebenaran kepada rakyatnya untuk menanam ganja bagi kegunaan sendiri.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: