Liga Muslim Gesa Sweden & Denmark Ambil Tindakan Terhadap Rasmus Paludan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GEORGETOWN, 01 Februari 2023 – Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang bersama Persatuan-Persatuan Muslim Pulau Pinang menggesa agar Sweden dan Denmark mengambil tindakan terhadap Rasmus Paludan susulan tindakannya yang membakar kitab suci al-Quran baru-baru ini.
“Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan-Persatuan Muslim Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia oleh Rasmus Paludan, ahli politik pelampau warga Denmark – Sweden yang bertindak membakar al-Quran di Stockholm pada 21 Januari lalu,”
BACA JUGA: Selepas Ceroboh Tanah Palestin, Kini Tentera Rejim Curi Artifak Purba
BACA JUGA: 10,000 Ektremis Hindutva Demo Anti Islam, Anti Muslim
BACA JUGA: Kanak-Kanak Mangsa Tertinggi Keganasan Rejim Haram
“Aktivis anti-Islam ini sekali lagi telah membakar al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Denmark pada 27 Januari. Oleh itu, kami menggesa Kerajaan Sweden dan Denmark mengambil tindakan segera terhadap aktivis melampau ini,” kata Presiden Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Najmudeen Kader.
Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menggesa agar semua pihak termasuklah Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk berganding bahu bagi memerangi sentimen Islamofobia yang berlaku.
Beliau berkata, tindakan provokasi daripada Paludan itu hanyalah untuk mencari publisiti di peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini, Rasmus Paludan telah mencetuskan sentimen keagamaan dengan membakar satu salinan al-Quran berhampiran sebuah masjid di Copenhagen dan salinan kedua pula di luar kedutaan Turkiye.
Malah, beliau turut berikrar untuk membakar al-Quran pada setiap hari Jumaat sehingga Turki meluluskan tawaran Stockholm kepada North Atlantic Treaty Organization (NATO).