Antarabangsa

Ganja Bakal Dihalalkan: Thailand Hapuskan Hukuman Ke Atas Pemilikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 21 Januari 2022 – Dalam usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja, Jabatan Kawalan Makanan dan Dadah Thailand bakal mengusulkan cadangan bagi menghapuskan sebarang hukuman ke atas sesiapa yang memiliki ganja.

Portal antarabangsa Bloomberg, melaporkan bahawa langkah tersebut juga akan membuang ganja daripada senarai bahan-bahan terkawal (controlled drugs) dan dijangkakan bakal menggalakkan penggunaan ‘medical marijuana’ dalam industri kosmetik dan makanan.

Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul pada awal tahun lepas mengeluarkan kenyataan membenarkan setiap satu keluarga untuk menanam sehingga enam pokok ganja bagi menjana pendapatan tambahan.

Semenjak melonggarkan larangan terhadap dadah jenis ganja pada tahun 2018, Thailand mencatatkan nilai pasaran ‘medical marijuana’ sehingga USD 26.3 juta pada tahun 2020 menurut sebuah laporan.

Pada 2020, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan untuk membuang ganja daripada senarai dadah berbahaya. Senarai tersebut terkandung dalam Jadual Keempat Perjanjian Dadah Narkotik 1961.

Pada November tahun lepas, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kegiatan import dan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dibenarkan selagi mana selari dengan undang-undang.

Pada November tahun lepas juga beberapa orang pakar telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang dilaporkan dalam portal Free Malaysia Today menyatakan bahawa sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah mengabsahkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Hal tersebut juga akan memudahkan lagi kerajaan untuk mengawal penggunaan bahan tersebut supaya hanya yang memerlukan sahaja akan mendapat akses.

“Sekiranya tiada sebarang diagnosis yang sah dan kita syak mereka hanyalah sekadar menggunakan untuk berseronok, kita tak akan bagi preskripsi,” ujar Dr Rusdi Abd Rashid, Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: