Tempatan

Era Revolusi Industri 5.0 Perlukan Pelajar Miliki Pelbagai Pengetahuan – Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 21 Januari 2022 – Era the fifth industrial revolution, yang berteraskan revolusi maya telah memberikan impak yang sangat besar kepada sektor ekonomi, sosial dan juga pendidikan, demikian titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Cabaran ini memerlukan pelajar memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran soft skills seperti leadership, pemikiran kreatif serta penguasaan Bahasa Inggeris.

“Sejajar dengan keperluan itu, pihak YASA dan U.S Embassy Kuala Lumpur telah melaksanakan Access Leadership Programme bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terlibat.”

Baginda bertitah demikian ketika bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Aspirasi Menara Gading dan Majlis Penutup Access Leadership Program Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) & U.S. Embassy Kuala Lumpur dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara YASA & UMP di Hotel Zenith, semalam.

Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak, Pengarah Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Professor Dato’ Dr Abdul Razak Ahmad, Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan A.S, Melinda Masonis serta Pemangku Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin.

Dalam majlis itu, baginda mengingatkan kepada semua peserta agar tidak hanya mengejar kecemerlangan akademik semata-mata tetapi perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni supaya menjadi insan kamil.

“Nilai-nilai yang baik adalah bermula dari rumah di mana ibu bapa perlu memainkan lebih peranan dalam mendidik anak-anak, bukannya menyerahkan tanggungjawab tersebut sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah.”

Program Akademi Menara Gading (AMG) merupakan program utama YASA yang bermatlamatkan untuk membantu lebih ramai pelajar meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

“Program Akademi Menara Gading (AMG) merupakan program utama YASA yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dari seluruh negeri Pahang.”

“Alhamdulillah, setakat ini program AMG, telah terbukti mampu melahirkan ribuan graduan yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya, seterusnya, dapat membantu ibu bapa dan keluarga mereka hidup dengan lebih selesa.”

Di akhir titah, Tengku Hassanal turut berharap lebih banyak pihak dapat melibatkan diri dan mengadakan program seumpamanya bagi membantu lebih ramai pelajar miskin, anak yatim dan anak Orang Asli serta golongan kurang bernasib baik untuk sama-sama cemerlang dalam pendidikan seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) atau dahulunya dikenali dengan nama Yayasan Istana Abdul Aziz telah mengadakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan seperti tadika Islam, kelas fardhu ain, pembinaan masjid serta menubuhkan pusat hemodialisis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: