Antarabangsa

Bunga Ganja Diisytihar Herba Terkawal Di Thailand

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 20 Jun 2022 – Bunga ganja diisytihar sebagai herba terkawal oleh Kementerian Kesihatan Thailand apabila peraturan kementerian ditandatangani bagi menentukan individu yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk mengakses bunga berkenaan.

Menurut Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul, undang-undang pengaksesan bunga yang kaya dengan Tetra Hydrocannibol (THC) berkenaan berkuatkuasa sebaik sahaja ia diterbitkan dalam Warta Diraja.

“Kebenaran penggunaan ganja secara rekreasi di Thailand menjadi punca kekeliruan utama sejak tumbuhan itu dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang Kategori 5 Thailand, 9 Jun lalu.”

“Arahan jelas adalah ekstrak yang dibuat daripada tumbuhan tidak boleh mempunyai kandungan THC lebih 0.2 peratus,” katanya.

Berikutan itu, undang-undang baru tersebut menetapkan hanya individu yang berumur lebih daripada 20 tahun sahaja yang boleh mengakses ‘herba terkawal’ tersebut.

Pesakit yang mendapat preskripsi ganja pula boleh memiliki herba tersebut tidak lebih 30 hari manakala wanita hamil dan menyusu adalah dilarang dari mengambil herba tersebut.

Tambahnya, pemilikan mana-mana bahagian tumbuhan ganja di Thailand adalah sah berikutan ia sukar untuk dikawal melalui peruntukan undang-undang.

Namun, menghisap ganja di tempat awam merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara tiga bulan serta denda tidak melebihi 25,000 baht (RM3,122) kerana asap ganja dianggap sebagai ‘gangguan awam’.

Anutin sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan membenarkan setiap satu keluarga untuk menanam sehingga enam pokok ganja bagi menjana pendapatan tambahan selain dalam usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja dengan menghapuskan sebarang hukuman ke atas sesiapa yang memiliki ganja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker