Tempatan

Tularkan Tatu Kalimah Allah, Wanita Tempatan Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan ke atas seorang pemilik akaun Facebook yang menularkan gambar kalimah Allah yang dijadikan sebagai tatu di badan seorang wanita Cina.

“Pada 23 Mei 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan ke atas satu (1) perempuan warga tempatan berumur 46 tahun di Gombak, Selangor yang disyaki pemilik/pengendali akaun Facebook @Bunga Matahari’ kerana telah memuat naik gambar menunjukkan tanda tatu kalimah Allah di badan seorang perempuan Cina. Turut dirampas daripada suspek sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim.”

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” ,” kata Setiausaha Polis PDRM, Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan.

Tambahnya, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga (3) hari mulai 24 Mei hingga 26 Mei 2023.

BACA JUGA: Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut

BACA JUGA: Rampasan Jam ‘Pelangi’ Swatch, MUDA Mahu Menteri Perjelas

BACA JUGA: 5 Perkampungan Terdedah Risiko Hakisan Pantai

Berikutan tangkapan ini, PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi diraja di mana- mana platform media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” kata Dato’ Hajah Noorsiah lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: