Tempatan

Padah Hina Agong, ‘SamBanjar Perak’ Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seorang lelaki yang disyaki pemilik Facebook @SamBanjar Perak kerana memuat naik hantaran yang berkecenderungan menghasut atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Dato’ Sri Mohd Suhaily Bin Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata tangkapan dibuat terhadap suspek yang juga warga tempatan di Bera, Pahang.

BACA JUGA: Parasit Purba Ditemukan Dalam Najis Fosil Berusia 200 Tahun

BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran

BACA JUGA: Padah Buang Sampah Tepi Pantai, Pekerja Pembersihan Dibuang Kerja

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat (4) hari mulai 15 Ogos hingga 18 Ogos.”

Jelas beliau, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R (Ruler, Religion, Race),” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: