Tempatan

Sindiket Perhambaan Seks Tumpas, 2 Lelaki Indonesia & 3 Wanita Thailand Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUBANG, 08 November 2022 – Sebuah sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks berjaya ditumpaskan selepas lima warga asing, termasuk tiga wanita warga Indonesia yang juga dalang utama dan bertindak sebagai ejen sindiket itu ditangkap.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Diraja Thailand (RTP) berjaya menangkap dalang terbabit bersama dua pekerja lelaki Indonesia berusia 30 hingga 39 tahun di sekitar Lembah Klang, pada 26 dan 29 Oktober lalu.

“Kita terima maklumat sindiket itu daripada polis Thailand pada awal Oktober. Kita mengambil tindakan susulan atas maklumat itu dan mengerahkan pasukan pada minggu ketiga Oktober yang membawa kepada penahanan semua suspek berkenaan,” katanya pada sidang media tangkapan dan penyerahan tiga orang dikehendaki kepada RTP di balai pelepasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Subang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Deputi Komisioner Jeneral Surachate Hakparn yang turut hadir semalam memaklumkan, “Dalang terbabit memasuki Malaysia bagi menjalankan aktiviti pelacuran. Sindiket ditumpaskan selepas RTP menyalurkan maklumat berkaitan pemerdagangan manusia untuk siasatan lanjut.”

Tambah Tan Sri Acryl Sani, empat wanita masing-masing dua warga Thailand dan Indonesia berusia lebih 18 tahun diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO).

Beliau selanjutnya menegaskan, PDRM dan RTP mempunyai kerjasama baik sejak sekian lama, malah mengadakan mesyuarat bilateral yang disertai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan polis marin yang membincangkan isu keselamatan sempadan antara kedua-dua negara.

“Banyak maklumat dikongsi mengenai sindiket itu yang membawa kepada penahanan semua suspek dalam tempoh singkat,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: