Tempatan

Batal Lesen, Penjara & Denda Jika Memotong Secara ‘Zig-Zag’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 September 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbaru berkongsi satu kenyataan mengenai jenis-jenis hukuman seperti penjara, denda serta pembatalan lesen yang akan diambil ke atas mana-mana pemandu yang memandu atau memotong dijalan secara “zig-zag”.

“Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu percubaan (P), lesen boleh dibatalkan,” maklum PDRM melalui laman rasmi Facebooknya.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan PDRM, dalam keseronokan dan keterujaan memandu dan memotong dengan cara sedemikian, tindakan itu bagaimanapun boleh membahayakan diri sendiri dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Sebelum ini, tular satu klip video yang memaparkan tujuh buah kenderaan yang memandu dan memotong secara berbahaya hingga boleh menyebabkan kemalangan di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.

PDRM berkata, tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya dan melulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: