Tempatan

Kalimah Allah: Titah Sultan Johor Menyangkal Naratif Sumbang Politikus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – “Tuanku bertitah bahawa Kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam dan menegaskan supaya Kerajaan memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan tersebut.”

“Ini telah membakulsampahkan naratif-naratif ‘sumbang’ yang dibawa oleh politikus-politikus yang sejak dari awal lagi mentohmah kononnya orang Melayu di Malaysia terlalu ‘lemah iman’ sehingga mahu menghalang orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah,” tegas Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya merujuk kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengenai kes Kalimah Allah semalam.

Ujar beliau, titah Sultan Johor secara tidak langsung membuktikan bahawa kenyataan Perdana Menteri kononnya kes ini hanya melibatkan Sarawak adalah tidak betul dan jauh lari dari fakta.

“Jika ianya tiada kaitan dengan negeri-negeri lain, Tuanku Sultan Johor tidak akan bertitah sebegini dan majlis-majlis agama Islam negeri-negeri lain juga tidak akan menzahirkan kebimbangan dan kritikan.”

BACA JUGA: Tularkan Tatu Kalimah Allah, Wanita Tempatan Ditahan

BACA JUGA: Hakisan Pantai: Tabika Diarah Tutup Segera

BACA JUGA: Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut

Bahkan, menurut beliau, ini bukan kali pertama Sultan Johor bertitah mengenai isu ini.

“Tuanku pernah bertitah dengan begitu tegas menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini. Malah, Tuanku telah mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini sebelum ini. Malah, titah yang lebih kurang sama telah dikeluarkan oleh Sultan Selangor dan Sultan Kedah,” jelas Aminuddin.

Beliau juga menyatakan, semua perkara yang disebut telah mengesahkan bahawa isu ini bukan isu baharu yang sengaja dimainkan oleh parti politik tertentu.

“Apakah selepas ini Kerajaan masih berani meremehkan isu ini dengan menempelkan label “isu politik” rentetan titah Tuanku ini?” soalnya.

“Ternyata, sebenarnya Kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Saifuddin Nasution) telah terlalu ‘terciduk’ dalam isu ini. Mereka telah berpusing-pusing terlalu jauh sampai memakan diri sendiri.”

“Saya yakin mereka sedar, tapi ego dan bodoh sombong untuk mengaku silap dan memperbetulkan keadaan. Ditambah lagi kaki jilat kiri dan kanan yang semuanya badut belaka. Minta maaf sahajalah. Ini bukan boleh main-main. Apa lagilah mereka mahu bawa main-main lagi selepas ini,” ulas Aminuddin lagi dalam satu hantaran di laman Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: