Tempatan

Tarik Rayuan Kalimah Allah, Badan Peguam Syarie Tuntut Penjelasan Penuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan hari ini mendapat maklum bahawa pada 18 April 2023 lepas, Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan mereka dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill iaitu suatu kes di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.

Peguam Kanan Persekutuan dengan tegas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan pada 10 Mac 2021 menyatakan Mahkamah telah terkhilaf di dalam membuat keputusan tersebut dan pihak Kerajaan merayu terhadap keputusan itu.

Terdapat juga laporan yang menyatakan beberapa pihak telah mendesak pihak Kerajaan menarik balik rayuan tersebut.

Atas tindakan dan arahan Kerajaan ini, penjelasan penuh perlu diberikan berkaitan dengan tindakan ini oleh pihak Kerajaan kenapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga. Kami juga memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang telah diberikan hak oleh mahkamah menjadi amicus curae (sahabat mahkamah) dalam kes ini dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan?

Di Negeri Selangor umpamanya terdapat Undang-Undang Negeri yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dan diperkenan oleh Sultan Selangor. Sebagai Ketua Agama Negeri yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara sebagai Ketua Agama Negeri di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan penarikan balik secara unilateral ini telah menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya.

Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan sangat kesal, terkilan dan dukacita dengan tindakan yang telah dilakukan tersebut kerana ia juga tidak selari dengan hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.

Bertarikh pada 15 Mei 2023

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: