Tempatan

Keputusan Kristian Boleh Guna 4 Kalimah Islam: MN Gesa Kerajaan Bawa Penghakiman ke Mahkamah Rayuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) menggesa kerajaan Persekutuan merayu untuk membawa penghakiman keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat dalam penerbitan penganut agama Kristian ke Mahkamah Rayuan.

Keputusan ini diambil perikatan UMNO dan PAS itu dalam mesyuarat bulanan mereka.

“Muafakat Nasional mahu menyatakan keprihatinan yang amat serius ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang-orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.”

“Mesyuarat juga menggesa kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ini ke Mahkamah Rayuan.”

Selain itu, dalam mesyuarat yang sama, MN juga menggesa kerajaan mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh mengenai Muafakat Nasional pula, ahli mesyuarat bersetuju untuk terus mengukuhkan MN.

“Mesyuarat bersetuju untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional.”

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa, penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka dengan syarat penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat kalimah itu disertakan dengan penafian (disclaimer) pada kulit buku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: