Tragedi Basikal Lajak: Satu Pengajaran Besar Kepada Ibu Bapa – Hj Aminuddin Yahaya
KUALA LUMPUR, 12 April 2023 – “Ini satu pengajaran besar kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba basikal apatahlagi di tengah malam,” kata Timbalan Pengerusi GTA, Hj Aminuddin Yahaya susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada tahun 2017.
Ujarnya, walaupun sedih, saya hormati keputusan hakim yang arif dalam kes ini.
BACA JUGA: Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Segala Tuduhan
BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu
BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas
Menurut Hj Aminuddin, kalaulah boleh dianalisa sebab musabab keputusan itu dibuat elok juga sebagai muhasabah dan panduan bagi kita semua di masa hadapan.
“Perlu kepada satu peraturan dan panduan kes-kes sebegini berlaku lagi di masa-masa hadapan, bukan sahaja kepada ibubapa atau anak-anak tetapi juga kepada mereka yang memandu.”
Tegas beliau lagi, peraturan juga harus dikenakan kepada mereka yang mabuk atau khayal atas sebab apapun yang menyebabkan perlanggaran dan kematian.
“Walaupun sedih, saya hormati keputusan hakim yang arif dalam kes ini. Cumanya saya tidak dapat menahan perasaan sedih dan simpati kepada pihak keluarga mangsa yang kehilangan anak-anaknya,” kata beliau lagi.