Tempatan

Kerajaan Anwar Gagal Pertahan Aspirasi Umat Islam – MP Pokok Sena

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – “Apa yang jelas di sini adalah Kerajaan Anwar telah gagal mempertahankan aspirasi umat dalam isu ini!” tempelak Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya mengenai isu kalimah Allah dalam Sidang Dewan Rakyat sesi pagi semalam.

Beliau melihat seolah-olah pihak Menteri tidak benar-benar faham mengenai implikasi daripada tindakan Kerajaan Madani yang memutuskan keputusan tidak merayu pada 18 April lalu tanpa sebarang pemakluman awam dilakukan.

Tegas Ustaz Mad Yahaya, Kerajaan tidak serius dalam keputusan yang diambil selepas hanya menghantar nota jemaah menteri, bukan memorandum untuk dibahaskan oleh kabinet secara lumat.

BACA JUGA: Kerajaan Seolah-Olah Sapu Isu Kalimah Allah Ke Bawah Karpet – Haniff Khatri Abdulla

BACA JUGA: Terkait Dengan LGBTQ, KDN Rampas Jam Tangan “Koleksi Pride” Di Beberapa Cawangan Swatch

BACA JUGA: Kalimah Allah: PM Janji Semak & Selaraskan Semua Undang-Undang Selari Titah Majlis Raja-Raja

“Yang kedua, keputusan tidak meneruskan rayuan ini juga tidak melibatkan libat urus yang sempurna, sebagaimana disebut tadi. Tiada perundingan dengan golongan pemegang taruh utama mahupun institusi Diraja sedangkan pendirian Sultan-Sultan telah jelas dalam isu ini,” jelas beliau.

Ahli Parlimen Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga menyatakan bahawa pihak Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) tidak terlibat dalam keputusan yang diambil sedangkan mereka juga merupakan Sahabat Mahkamah di peringkat Mahkamah Mayuan.

Mengulas lanjut, Ustaz Mad Yahaya mempersoalkan, “Adakah terdapat desakan di sebalik tabir dalam isu ini?”

“Apakah Kerajaan sengaja menyembunyikan isu ini kerana takutkan bantahan umat Islam terhadapnya?” soalnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: