Tempatan

Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 25 Mei 2023 – Bekalan ayam dijangka terjejas menjelang Aidiladha ini berikutan cuaca panas melampau yang memberi kesan terhadap tumbesaran unggas di kira-kira 80 peratus ladang ternakan ayam di seluruh Johor.

Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng berkata, kira-kira 400 ladang ayam daripada keseluruhan 500 ladang masih menggunakan sistem ternakan ayam tradisional yang mengamalkan sistem reban terbuka.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Mustahil Peguam Negara Tarik Balik Rayuan Yang Dibuat Sebelumnya – Mantan Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks, Jabatan Agama Islam Johor Diarah Ambil Tindakan Segera

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Renggut 2 Juta Nyawa

“Suhu ideal untuk ternakan unggas seperti ayam membesar adalah 28 darjah celcius, namun fenomena cuaca panas melampau ketika ini yang puratanya di atas 36 darjah celcius amat menjejaskan 80 peratus ladang ayam Johor berskala kecil dan sederhana yanbekalag masih menggunakan sistem tradisional.”

Menurut Lau Ka Leng, penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari, bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas akibat kepanasan atau lebih teruk mati.

Tambahnya, tumbesaran ayam juga terganggu ketika ini akibat cuaca panas melampau menyebabkan mereka tidak berselera makan, sekali gus penuaian hasil menjadi lebih lambat.

“Biasanya untuk mendapat hasil ayam matang antara 1.8 kilogram (kg) hingga 2 kg untuk pasaran, ia memerlukan tempoh antara 30 hingga 35 hari.”

“Namun berikutan fenomena cuaca panas melampau dengan tumbesaran ayam terganggu kerana unggas tiada selera makan, maka untuk tuaian ayam bersaiz 1.8 hingga 2 kg kini mengambil masa lebih lama iaitu antara 36 hingga 43 hari,” jelasnya.

Susulan tumbesaran ayam terganggu, Ka Leng menjangkakan berlaku penyusutan sebanyak 20 peratus bekalan ayam segar di pasaran.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengeluarkan amaran awal susulan Malaysia bakal mengalami cuaca panas terik.

Menurut jabatan itu, kesan cuaca panas akan mengakibatkan ayam diternak dalam reban terbuka menjadi kurang selera makan, sekali gus menjejaskan tumbesaran unggas itu.

Situasi itu bakal mengancam saiz ayam itu ketika umurnya matang, tidak mencapai berat badan dikehendaki dan senario terburuk dengan kes kematian melonjak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: