Kalimah Allah: Aziz Bari Mengaku Sokong Afidavit Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland
IPOH, 25 Mei 2023 – “Ini langsung tidak benar. Saya buat afidavit atas asas apa yang saya tahu tentang Perlembagaan seperti yang dicerminkan pada peruntukan yang terlibat, serta rangka Perlembagaan,” kata ADUN Tebing Tinggi DAP, Profesor Dr Abdul Aziz Bari susulan kenyataan didedahkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan ADUN DAP itu merupakan salah seorang dari tiga individu yang menyokong afidavit menarik balik rayuan kes kalimah Allah.
Menerusi afidavit yang dikemukakan, ketiga-tiga individu yang dinyatakan antara lain berkata tidak terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
BACA JUGA: Tularkan Tatu Kalimah Allah, Wanita Tempatan Ditahan
BACA JUGA: Hakisan Pantai: Tabika Diarah Tutup Segera
BACA JUGA: Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut
Kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada sebuah portal tempatan, kes Jill Ireland adalah berkenaan hak penganut Kristian di Sarawak.
“Berdasarkan pemahaman saya, salinan Bible (dalam kes Jill Ireland) bukan untuk disebarkan kepada awam; ia hanya untuk digunakan penganut Kristian.”
“Saya berpandangan soal bagaimana orang bukan Islam mengamalkan agama dan bagaimana mereka menyebut nama Tuhan mereka adalah bukan urusan kita,” katanya lagi.
Dalam satu sidang media di Parlimen dua hari lalu, yang dibuat Datuk Seri Takiyuddin mendedahkan bahawa Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom merupakan individu yang menyokong afidavit penarikan balik rayuan kes kalimah Allah.