Tempatan

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat – Tun Mohammed Hanif Omar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2021 – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.

“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),” tegas Tun Mohammed Hanif Omar.

Beliau berkata, jika dahulu kita ada Pusat Kawalan Malaysia, (MCC-Malaysian Control Centre), Suruhanjaya Aduan Khas (SCC-Special Complaints Commission) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC-District Control Center) di 3 peringkat PDRM ini dan di situlah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil agensi-agensi kerajaan berpusat.

“Tetapi, ada lain pihak hendakkan kuasa dan kejar kemasyhuran atau populariti agaknya dan merampas peranan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA (National Disaster Management Agency), malangnya mereka ini tak tahu buat kerja kerana tidak terlatih dan tak pernah berlatih.”

Ia amat berbeza dengan polis, tentera serta Palang Merah waktu dahulu yang diberi latihan secukupnya.

“Mereka dahulu menjalani latihan paper moves dan physical moves tiga atau empat bulan sekali sehingga petugas-petugas sangat terlatih, cekap dan cukup mahir untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana banjir yang sedang berlaku di negara kita hari ini dan sebagainya,” tambah Tun Mohammed Hanif.

Menyentuh persoalan mengenai apakah banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang ini permulaaan kepada krisis iklim, beliau berkata, perkara ini tiada permulaan yang mendadak kerana ia telah bermula lama dahulu sedikit demi sedikit.

“Kemungkinan banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang tidaklah seteruk yang diramal akan berlaku kerana Monsun (Timur Laut) belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jadi bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih besar mengenai bencana alam ini.”

Justeru, beliau menegaskan dan menasihatkan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas menguruskan bencana kepada PDRM dan ATM.

“Sekali lagi saya nasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, serah kembali tugas kepada PDRM dan ATM untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN yang ditandatangani oleh IGP dan Panglima PAT, sebelum terlambat,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: