Tempatan

Bencana Alam Terburuk Dijangka Bakal Berulang Di Pantai Timur – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2022 – Pakar menjangkakan situasi bencana terburuk yang pernah melanda negara pada 2014 bakal berulang terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

Pakar Klimatologi Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Fredolin Tangang berkata, ramalan cuaca dan iklim yang dikeluarkan tidak mampu menggambarkan bila dan tahap kekuatan hujan yang bakal berlaku memandangkan Monsun Timur Laut lambat lagi tiba.

Katanya, ketepatan akan meningkat dalam beberapa hari sebelum hujan lebat berlaku.

Namun, beberapa ramalan boleh dilakukan berdasarkan kajian lampau.

“Setiap musim Monsun Timur Laut akan ada episod luruan sejuk yang merupakan tiupan angin kencang dan sejuk dari kawasan Siberia ke Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan, membawa kelembapan tinggi ke kawasan negara ini sekali gus menyebabkan episod hujan lebat dengan tempoh yang panjang dan banjir besar.”

Jelasnya, dengan kehadiran fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO) pada ketika berlakunya episod luruan sejuk, meningkatkan lagi penumpuan kelembapan ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan meningkatkan lagi risiko banjir besar berlaku.

Selain itu, ada beberapa faktor yang meningkatkan kekerapan hujan ekstrem di Semenanjung.

Antaranya adalah fenomena La Nina, pemanasan global dan perubahan iklim.

Peningkatan suhu dunia meningkatkan kandungan kelembapan di atmosfera dan akhirnya menjana hujan berintensi tinggi dan tempoh yang lebih lama.

“Keadaan ini pastinya akan meningkatkan risiko banjir dan situasi air pasang tinggi, ditambah pula hujan lebat yang akan meningkatkan risiko banjir yang teruk dan berpanjangan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: