Antarabangsa

Mahkamah Tertinggi AS Arah Universiti Ortodoks Yahudi Terima Kelab LGBTQ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 17 September 2022 – Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat mengarahkan sebuah universiti ortodoks Yahudi untuk menerima kelab LGBTQ, lapor sebuah portal berita antarabangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan berkenaan dan meminta universiti itu untuk mengiktiraf kelab tersebut sama seperti kelab pelajar yang lain.

Bulan lalu, universiti berkenaan mengatakan bahawa mengiktiraf Kelab Perikatan Kebanggaan LGBTQ adalah bertentangan dengan kepercayaan mereka.

Malahan, turut berlaku pertikaian mengenai isu tersebut sama ada universiti itu merupakan institusi agama atau pun sekular.

Hal ini kerana, sekiranya kelab itu diiktiraf, kelab itu turut akan menerima pembiayaan serta kelebihan yang lain.

Namun begitu, pihak universiti masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah New York atau memfailkan rayuan di Bahagian Rayuan Persekutuan, kata Hakim Mahkamah Tinggi.

Kumpulan penyokong Jewish Queer Youth bahkan mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai titik perubahan bagi komuniti Yahudi LGBTQ dengan menyifatkan bahawa identiti mereka itu bukanlah satu dosa.

Pada tahun 2020 yang lalu, sekumpulan aktivis yang terdiri daripada pelajar LGBTQ menuduh universiti tersebut atas alasan diskriminasi dan mengadukannya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Universiti itu bagaimanapun disaman setelah aduan itu dibuat.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: