Tempatan

AMARAN: Hujan Berterusan Dan Ribut Petir Di Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 – ‘Amaran Hujan Berterusan’ tahap waspada telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dijangkakan berlaku di tiga negeri, selain negara yang diramalkan dilanda ribut petir selama tiga hari berturut-turut.

Tiga negeri tersebut adalah Sarawak, di Mukah, Bintulu, Miri, dan Limbang.

Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan pendalaman, Pantai Barat dan Kudat serta amaran hujan berterusan juga diramalkan berlaku di WP Labuan.

Selain itu, seluruh negara diramalkan dilanda ribut petir bermula petang ini dan beberapa negeri pula dijangkakan dilanda ribut petir selama tiga hari berturut-turut.

Laporan ramalan cuaca ini dikeluarkan METMalaysia bagi seluruh negara sebentar tadi di laman rasminya bertarikh 31 Oktober 2022 sehingga 2 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: