Waspada Dengan Ideologi Ekstremis Dari India Yang Menyusup Masuk Ke Malaysia – Firdaus Wong Wai Hung
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 Mac 2022 – “Umat Islam di Malaysia khususnya perlu mensyukuri nikmat dapat mengamalkan Islam dengan bebas di Malaysia.”
“Tetapi pada masa yang sama perlu berwaspada dengan gerakan ideologi ekstremis dari India yang telah pun menyusup masuk ke negara kita,” ujar pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung.
BACA: “P. Ramasamy, see you in court!”- Firdaus Wong
BACA: Saya Bersetuju Dengan Ramasamy Agar Dibenarkan Perarakan Thaipusam – Firdaus Wong Wai Hung
BACA: 62 NGO Bukan Islam Mahu Mengadu Pada Agong Tentang Firdaus Wong & Lain-Lain
Menurutnya, mereka ini membawa ideologi yang sama seperti ekstremis di India di mana kita mula mendapati bagaimana mereka mempertikaikan ibadah korban lembu oleh umat Islam.
Selain itu, mereka turut mempertikaikan siapa yang patut dijemput berceramah dan berkhutbah di Malaysia.
“Yang paling ketara ialah mereka gemar membina rumah ibadat secara haram dengan begitu meluas,” ujarnya.
Firdaus Wong berkata, umat Islam diasuh untuk menjalin hubungan yang baik sesama manusia sama ada yang beriman atau belum beriman.
Namun, pada masa yang sama umat Islam juga perlu memahami firman Allah Subhanahu Wa Taala;
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Al Maidah 5:82)
Menurut Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) ini, apa yang terjadi di India bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Allah Subhanahu Wa Taala telah pun memberitahu kita bahawa yang paling keras permusuhan terhadap umat Islam adalah Yahudi dan musyrik!
“Kita dapat lihat bagaimana kerajaan India dan rakyat India yang dipengaruhi ideologi Hindutva menyokong pembantaian Zionis terhadap Palestin.”
Jelasnya, hari ini kita dapat lihat saudara Islam kita di India sedang diseksa oleh mereka yang berkuasa di sana termasuk dinafikan hak mereka.
Selain dari menitipkan doa buat mereka, kita juga perlu berperanan mendesak negara-negara OIC untuk mengambil tindakan dan membantu Muslim yang dizalimi bukan sahaja di India bahkan di seluruh dunia.
“Sedarlah umat Islam disatukan dengan akidah yang sama bukan dibeza-bezakan dengan sempadan bangsa dan negara,” ujar Firdaus Wong mengakhiri kenyataan.