Tempatan

Lagi Kes Kuil Ceroboh Tanah Organisasi Islam – Haji Rashidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

RAWANG, 06 Oktober 2021 – Tanah untuk pembinaan rumah kebajikan bagi Muslimat bermasalah di atas tanah milik Yayasan Kubra telah didirikan kuil, dengan alasan mereka telah lama tinggal di situ dan jika mahu pindah mereka menuntut bayaran pampasan,” kata aktivis, Haji Rashidi bin Haris.

Ini merupakan satu sistem perundangan baru yang diada-adakan oleh mereka ini. “Masuk ceroboh dulu, kemudian kalau hendak halau empunya tanah kena bayar ganti rugi atau pampasan pindah dan ada setengahnya pula minta tanah ganti,” ujar Haji Rashidi seperti dalam kenyataan Facebook miliknya.

Tegas Ketua Media PEMBELA ini, penceroboh sebenarnya tiada hak langsung untuk mendirikan kuil dan tiada hak juga jika mahu mempertahankannya kerana tanah itu adalah milik Yayasan Kubra sebelum kaum ini datang dan mendirikan kuil mereka.

Menurutnya lagi, selama ini Yayasan Kubra diam kerana tidak mahu peristiwa seperti kes pembunuhan ke atas Allahyarham Adib berulang.

“Kami tidak mahu berlaku insiden perusuh muncul di atas tanah kami dan memikirkan kemungkinan akan terbunuh seorang lagi anggota bomba. Sehingga nanti ada pula mana-mana pihak berkuasa dan ahli politik sekali lagi terpaksa bersilat, memutar belit fakta, mungkin akan tetiba kata penceroboh salah faham sepatutnya penceroboh mendirikan kuil di atas tanah kerajaan tetapi terlajak di atas tanah persendirian.”

Oleh itu, Haji Rashidi yang juga Ketua Aktivis MUAFAKAT ini mengajak semua rakyat bersama-sama menunjukkan protes terhadap tindakan seperti ini.

“Perbuatan sebegini harus dihentikan dan kerajaan harus memandang serius akan perkara ini kerana sikap tidak mengapa atau sebenarnya sikap apologetik boleh menyebabkan sehingga berlakunya perkara tidak diingini…”

“Dan jika ada campur tangan politikus, insya Allah PRU15 akan datang kita tolak mengundi golongan politikus tetapi memilih calon tempatan yang berwibawa, insya Allah.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button