Tempatan

SIS Dakwa Definisi “Liberalisme & Pluralisme Agama” Dimomokkan Sebagai Berbahaya Dan Salah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 September 2022 – Sisters in Islam (SIS) mendakwa bahawa “liberalisme” dan “pluralisme” agama di Malaysia selalu dimomokkan sebagai sesuatu yang membahayakan dan salah kerana dipercayai boleh menyebabkan keruntuhan akidah dan pegangan agama.

“Definisi pluralisme agama acuan agamawan?” kata SIS dalam satu hantaran di laman Instagram mereka.

Memetik definisi pluralisme agama dari aspeninstitute.org, SIS berkata, pluralisme agama merupakan fahaman di mana setiap individu mempunyai hak, kebebasan dan perlindungan untuk percaya dengan mana-mana agama.

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3/2006 menyatakan, liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu dalam menafsirkan ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang telah disepakati oleh para ulama muktabar.

Manakala pluralisme pula bermaksud fahaman atau keyakinan bahawa agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain dan tidak ada mana-mana agama yang boleh mengaku agamanya lebih benar dari agama lain.

Justeru, kedua-dua aliran pemikiran dan fahaman ini adalah sesat dan menyesatkan serta boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: