Tempatan

Komplen Ladang Babi, Penduduk Dibawa Ke Jerman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 17 September 2022 – Projek ladang ternakan babi moden bernilai RM1 juta pernah dicadangkan untuk dibangunkan pada 15 tahun lalu apabila terdapat penduduk yang dibawa ke Jerman bagi melihat sendiri model ladang berkenaan di negara itu, kata penduduk yang kecewa dengan pencemaran didakwa dari ladang ternakan babi Tanjung Sepat.

Menurut seorang penduduk, Amir Sharifudin, mereka dibawa ke Jerman untuk melihat model ladang ternakan babi yang menggunakan teknologi bersih serta jauh dari penempatan penduduk.

Namun begitu, beliau berkata cadangan itu sepi begitu sahaja bahkan pernah dijadikan modal politik oleh pihak pembangkang yang kononnya mendesak Kerajaan bagi memajukan ladang ternakan di kawasan itu bagi untuk membela nasib penduduk.

Ia bagaimanapun tidak dibangunkan setelah Kerajaan Selangor bertukar pemerintahan.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, penduduk di sekitar Tanjung Sepat membangkitkan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap masalah pencemaran ladang ternakan babi yang berlarutan sejak 30 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: