Tempatan

Lulus Undang-Undang Transgender Tukar Jantina Kad Pengenalan – Human Rights Watch

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 – Human Rights Watch (HRW), sebuah badan hak asasi antarabangsa, telah menyarankan supaya Parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan transgender untuk menukar nama dan jantina pada kad pengenalan mengikut pilihan mereka.

Dalam laporan yang disiarkan, HRW telah menyatakan tuntutan-tuntutan kepada beberapa badan kerajaan seperti Perdana Menteri, Parlimen Persekutuan, Pejabat Peguam Negara dan lain-lain yang berkaitan.

Dalam laporan yang sama, HRW turut menyarankan supaya Parlimen menolak usul pindaan undang-undang yang memberikan peruntukan hukuman lebih berat kepada Mahkamah Syariah.

Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga disarankan untuk melatih petugas kesihatan untuk memberikan layanan yang “mengabsahkan” LGBT.

Terdahulu, samudera.my turut melaporkan desakan oleh HRW supaya program Mukhayyam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihentikan.

Program tersebut adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh JAKIM bagi membantu mendidik golongan LGBT dengan didikan agama melalui kelas agama, kelas al-Quran dan sebagainya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: