Tempatan

Kenyataan Azam Baki, “Adik Guna Akaun” Tidak Betul – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 22 Sabtu 2022 – Haniff Khatri, seorang pengamal undang-undang terkemuka menyatakan bahawa alasan Azam Baki bahawa adiknya telah menggunakan akaun beliau untuk urusan jual beli saham adalah tidak betul dan tidak tepat.

“Kenyataan Azam Baki bahawa “…akaun saham saya (Azam Baki) digunakan oleh adik saya (adik Azam Baki) untuk membuat urus niaga beliau dan saya (Azam Baki) tiada ada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu…” adalah TIDAK BETUL dan TIDAK TEPAT…” ujar peguam tersebut.

Kenyataan peguam tersebut dalam laman Facebooknya adalah hasil rumusan beliau daripada kenyataan terbaru Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang mendakwa mereka tidak dapat menemui sebarang bukti ada kesalahan di bawah Seksyen 25(4) Akta 453 dilakukan Azam Baki.

Seksyen 25(4) yang disebutkan menjelaskan bahawa sesebuah akaun pelaburan mestilah dibuka untuk kegunaan tuan empunya akaun sahaja.

Haniff Khatri turut menjelaskan bahawa kenyataan Azam Baki bahawa akaun beliau digunakan oleh adiknya bercanggah dengan hasil siasatan SC.

“Kenyataan ini bercanggah dengan penjelasan Azam sebelum ini bahawa dia membenarkan adiknya, Nasir Baki membeli saham menggunakan akaun dagangannya.” Ujar beliau.

Hasil dapatan SC tersebut menyatakan bahawa Azam Baki mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap akaun beliau.

Peguam tersebut turut menuntut supaya Peguam Negara mengambil tindakan proaktif dan menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat kes Azam Baki ini.

 

Leave a Reply

Back to top button