Tempatan

Kes Rasuah Terowong: DPP Dedah Kertas Siasatan Kes Gnanaraja Diklasifikasi NFA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 20 Oktober 2022 – DPP dalam satu kenyataan mendedahkan kertas siasatan mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang melibatkan seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja telah diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atau tiada tindakan lanjut, lapor sebuah agensi media tempatan.

Kenyataan itu dilaporkan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat ketika perbicaraan rasuah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan projek sama, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kertas siasatan (diklasifikasikan) NFA, kami (pasukan pendakwaan untuk kes Lim) tiada laporan (berkenaan kes Gnanaraja),” ujarnya kepada hakim, Azura Alwi.

Berdasarkan laporan sama, ia merupakan pertuduhan alternatif bagi pendakwaan penipuan dan ahli perniagaan tersebut juga telah mengaku bersalah.

Dikatakan pemeriksaan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan Gnanaraja, 41, dijatuhkan hukuman denda RM230,000 di bawah Seksyen 218(1)(A) Akta Syarikat 2016 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Disember 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: