Tempatan

PRN: “Saya Minta Kepada Chow Kon Yeow Untuk Beri Cuti” – Lim Guan Eng

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 02 Ogos 2023 – “Suka atau tak, rela atau tak tetapi kita tetap kena terima hakikat iaitu kita bimbang tentang peratusan keluar undi, kalau peratusan keluar undi tidak seperti PRU-15, dikhuatiri mungkin keputusan tidak akan memihak kepada kita.”

“Sebab itu lah sebabnya saya minta kepada Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) untuk beri cuti, kita kena pastikan semua penyokong kita dapat balik mengundi,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng.

BACA JUGA: Malaysia Komited Perangi Sentimen Islamofobia, Lindungi Kitab Suci Al-Quran

BACA JUGA: Pemuda Singapura Didakwa Tendang Warga Emas Etnik India

BACA JUGA: Muslim Leka Berpolitik, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Perundangan Syariah – Peguam

Ujarnya, pengumuman cuti khas itu diharap dapat membantu memastikan penduduk yang tinggal di luar Pulau Pinang untuk pulang mengundi.

“Ini bukanlah setiap tahun, (minta cuti) ini lima tahun sekali dan untuk itu, kita harus berikan segala kelonggaran bagi membolehkan sistem demokrasi dan rakyat menggunakan hak mereka membuang undi 12 Ogos nanti,” tambahnya.

Ucapan ini dinyatakan Lim Guan Eng pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena malam tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: