Bayaran Khas Penghargaan Penjawat Awam, Pesara Dibayar 10 Ogos Ini
KUALA LUMPUR, 02 Ogos 2023 – Bantuan Khas Penghargaan kepada penjawat dan pesara Kerajaan tahun 2023 akan dibayar pada 10 Ogos ini.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr Zulkapli Mohamed di Facebook menyatakan bahawa sebanyak RM300 akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan kontrak.
BACA JUGA: Dakwa Rayuan Kalimah Allah Digugurkan Kerana DAP, Saifuddin Tegur Muhyiddin
BACA JUGA: Malaysia Komited Perangi Sentimen Islamofobia, Lindungi Kitab Suci Al-Quran
BACA JUGA: Pemuda Singapura Didakwa Tendang Warga Emas Etnik India
Dalam pada itu, sebanyak RM200 pula akan disalurkan kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Selaras dengan keputusan tersebut, kaedah pelaksanaan pembayaran BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 adalah seperti berikut: