PRN: Penulis Dedah Usaha AS Pengaruhi Anak Muda Malaysia
PERLIS, 03 Ogos 2023 – Seorang penulis yang juga merupakan mantan pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Murray Hunter telah membuat kenyataan mendedahkan tentang usaha campur tangan Amerika Syarikat terhadap politik Malaysia menerusi pengaruh terhadap anak muda.
Menurut beliau, sebuah badan milik AS iaitu International Republican Institute (IRI) digunakan bagi membolehkan berlangsungnya program-program di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
BACA JUGA: Cuaca Panas: Sabah Rekod Kes Kesihatan Terbaru
BACA JUGA: PRN: AS Didakwa Campur Tangan, Malaysia Bakal Duduk Bawah Telunjuk?
BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara
Ujar Hunter, terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa program-program tersebut memfokuskan supaya golongan anak muda menyokong ‘kerajaan perpaduan’ yang kini diterajui oleh Anwar Ibrahim.
Hunter selanjutnya menyatakan bahawa IRI telah menyalurkan jutaan dolar AS kepada kumpulan-kumpulan pemuda termasuklah UNDI18 dan Ypolitics untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di kampus-kampus pengajian dalam menarik lebih banyak pelajar kolej bagi menyokong kerajaan perpaduan ini.
Hunter juga mengatakan bahawa IRI turut merekrut para pemimpin pelajar di universiti-universiti di Terengganu, Kedah, Kelantan yang mana negeri-negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran PAS dengan tujuan supaya para pemimpin pelajar menggunakan pengaruh mereka untuk memanipulasi pilihan undi anak muda.
Ujar Hunter lagi, IRI juga telah menghantar beberapa orang pakar kempen AS ke Malaysia bagi mengadakan seminar-seminar dalam mengajar para pemimpin dan calon-calon Pakatan Harapan tentang kaedah untuk menarik pengundi daripada golongan anak muda menerusi media sosial.
IRI yang merupakan sebuah badan yang ditaja oleh kerajaan AS telah ditubuhkan pada 1983 sering bekerjasama dengan dua buah badan lain yang juga berpusat serta ditaja oleh kerajaan AS, National Endowment of Democracy (NED) serta USAID.