Antarabangsa

Pemuda Singapura Didakwa Tendang Warga Emas Etnik India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 01 Ogos 2023 – Pendakwa raya Singapura menuntut penjara enam hingga sembilan bulan terhadap seorang pemuda Singapura yang didakwa menghina dan menendang seorang wanita berbangsa India kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu bersenam dalam satu kejadian pada tahun 2021.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Marcus Foo, pemuda berkenaan telah mengambil kira kaum mangsa dalam menyampaikan “kekasaran yang sangat disasarkan” sebelum menyerangnya secara fizikal.

Terdahulu, Wong Xing Fong yang berusia 32 tahun didakwa mengutuk dan menendang seorang wanita India kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu bersenam dalam satu insiden ketika peraturan COVID-19 mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka kecuali sewaktu bersenam.

BACA JUGA: Penduduk Warga Asing Meningkat 3 Juta Dalam Negara

BACA JUGA: PERHATIAN Fenomena Air Pasang Perbani Dijangka Berlaku 4 Hari Bermula Esok

BACA JUGA: Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Bermula Sabtu Ini

Wong telah menuntut untuk dibicarakan pada Januari atas satu pertuduhan iaitu mencederakan perasaan perkauman Hindocha Nita Vishnubhai yang berusia 57 tahun dan secara sukarela menyebabkan kecederaan dengan cara yang memburukkan perkauman.

Bagaimanapun, Hakim Daerah, Shaifuddin Saruwan mensabitkannya atas kedua-dua pertuduhan pada Jun, mendapati bahawa keterangan Hindocha boleh dipercayai dan disokong oleh orang yang turut lalu-lalang.

Selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak, Hakim Shaifuddin berkata beliau akan menangguhkan hukuman kepada 07 Ogos ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: