Antarabangsa

Isu Persenda Nabi: Kerajaan India Sangat Hormat Semua Agama – Kedutaan Besar India di Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2022 – Susulan kecaman yang diterima gara-gara isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. oleh salah seorang ahli politik India, Kedutaan Besar India di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan balas berkenaan isu terbabit.

“Kedutaan Besar India di Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia di Putrajaya ketika mana isu dibangkitkan berkenaan beberapa ciapan/kenyataan menyinggung oleh beberapa individu di India,” menurut kenyataan tersebut.

“Kedutaan Besar India menyatakan bahawa ciapan/kenyataan menyinggung tersebut tidak sama sekali menggambarkan pegangan kerajaan India,” tambah mereka lagi.

Kedutaan Besar India kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan India sangat menghormati semua agama.

“Kerajaan India sangat menghormati semua agama.”

Mereka turut menegaskan bahawa tindakan tegas telah diambil ke atas individu yang mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tersebut.

Terdahulu, kerajaan India telah menerima kecaman antarabangsa apabila Nupur Sharma, ahli politik dari Bharatiya Janata Party (BJP), telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang bersifat menghina Nabi Muhammad S.A.W. berkenaan pernikahan baginda dengan Aisyah R.A.

BJP adalah sebuah parti kerajaan pemerintah di India yang dipimpin oleh Narendra Modi, Perdana Menteri India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: