Tempatan

Dalang Gerakan Pengganas Ekstremis India Rahsia Terbuka Di Malaysia – Azriq Rosman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – “Dalang gerakan ideologi ekstremis daripada India ini adalah rahsia terbuka yang telah diketahui umum malangnya tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap mereka,” ujar Timbalan Setiausaha Agung BERJASA, Azriq Rosman.

Menurutnya, mereka ini adalah golongan pendatang yang gagal dan tidak mahu berasimilasi dengan identiti negara serta masih terperangkap dengan identiti negara asal ataupun identiti penjajah.

Sudah tentu, terdapat kesan buruk dari gerakan ideologi ekstremis daripada India yang semakin banyak menyusup masuk ke negara Malaysia sekarang.

Beliau berkata, yang lebih membimbangkan, ramai pemimpin politik negara turut terlibat memuja ideologi pelampau ini selain menjadikan ideologi ini sebagai asas perjuangan mereka.

Jika kita ambil contoh The Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) misalnya, sebuah gerakan pengganas yang masih disenaraikan di dalam Seksyen 66B (1), ada dalam kalangan pimpinan-pimpinan DAP yang turut memuja ideologi LTTE ini.

“Mereka ini tanpa segan silu mempamerkan sokongan kepada gerakan-gerakan pelampau antarabangsa dan yang peliknya mereka ini tidak dikenakan apa-apa tindakan,” ujarnya.

Azriq berkata, sudah tentu, kita menolak segala ideologi pelampau tanpa mengira dari mana dan bangsa apa sekalipun.

Ujarnya, sebarang ideologi yang mampu merosakkan keharmonian dan identiti negara perlu kepada satu tindakan pembenterasan yang tegas secara berterusan.

“Kita tak boleh bertolak ansur dengan ideologi tersebut yang jelas bertentangan dengan identiti negara.”

“Identiti negara yang bertunjangkan pada Perlembagaan negara sudah jelas dan terbukti dapat memberi keamanan pada negara ini sejak sekian lama.”

Apa yang pasti, agenda mereka ini jelas dilihat hanya untuk memporak-perandakan keamanan negara.

Azriq berkata, mereka yang cuba mempromosikan atau cuba membawa masuk ideologi pelampau ini sebenarnya ada satu niat jahat untuk menggantikan identiti negara.

Walhal, identiti negara ini sudah cantik dengan latar belakang dan budaya orang tempatan serta kaya dengan adab sopan dan tatasusila orang Melayu.

“Maka sudah tentu ideologi pelampau yang dibawa masuk ke negara ini adalah bertujuan untuk menghakis identiti negara sedia ada.”

Justeru, pihak berkuasa perlu melakukan tindakan tegas bagi menyekat ideologi ini dari terus berleluasa sebelum mereka merekrut lebih banyak pengikut.

Jelas beliau lagi, tiada cara lain melainkan perlu kepada penguatkuasaan yang lebih inklusif untuk menyekat mana-mana individu atau pun kumpulan ini dari menyebarkan sebarang ideologi yang bertentangan dengan identiti dan nilai negara.

“Tindakan yang bersifat preventif ini sangat diperlukan untuk kekang dan halang ideologi tersebut.”

“Apa yang pasti, jika masih tidak ada tindakan, tiada jaminan mereka tidak akan melakukan tindakan-tindakan pelampau pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: