Tempatan

PERHATIAN Fenomena Air Pasang Perbani Dijangka Berlaku 4 Hari Bermula Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan fenomena Air Pasang Perbani akan berlaku selama empat hari berturut-turut bermula esok.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat itu, fenomena ini boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan banjir.

BACA JUGA: Gua Niah Dijadikan Penempatan Manusia Sejak Lebih 60 Ribu Tahun Lalu

BACA JUGA: Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Bermula Sabtu Ini

BACA JUGA: KDYMM Pemangku Raja Pahang Sokong Projek Jalan Batal Demi Flora Fauna

Menurutnya, paras air laut di Pelabuhan Klang kemungkinan mencapai paras air laut setinggi 2.3 meter, dan di Batu Pahat pula setinggi 1.5m.

Manakala, Kuala Muda dan di Bagan Datuk dijangka mencapai setinggi 1.3 meter.

Justeru, penduduk pesisir pantai di kawasan terlibat diarah peka dengan risiko berdepan dengan fenomena ini dan sentiasa memantau memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: