Antarabangsa

Ibu Dan Anak 6 Tahun Dicampak Ke Dalam Sungai Selepas Dirogol Beramai-ramai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 30 Jun 2022 – Seorang ibu dan anak perempuan berusia enam tahun yang mahu pulang ke rumah daripada tempat suci penganut Islam dan Hindu telah berdepan tragedi buruk apabila dicampakkan ke dalam sungai selepas dirogol beramai-ramai di dalam kereta.

Kejadian malang yang berlaku di tebing sungai Gangga, Roorkee, wilayah Uttarakhand itu bermula dengan sekumpulan lelaki yang menaiki kereta mempelawa untuk menghantarkan ibu dan anak perempuan tersebut pulang, lapor NDTV.

Menurut Superintenden Pramendra Doval, suspek yang merupakan pemandu yang dikenali sebagai Sonu dilaporkan membawa rakan-rakan menaiki kenderaannya sebelum terjumpa wanita itu bersama anaknya dan mengajak mereka pulang ke rumah.

“Sonu dan suspek lain merogol wanita serta anaknya di dalam kereta yang sedang dipandu sebelum mencampakkan mereka ke dalam sungai,” jelas Superintenden Pramendra Doval.

Walau bagaimanapun, mangsa yang sudah membuat laporan di balai polis berdekatan masih dalam keadaan trauma dan tidak dapat menyatakan jumlah sebenar lelaki yang berada di dalam kereta itu dan hanya merujuk kepada Sonu sahaja.

Ibu dan anak perempuan yang berusia enam tahun itu telah dibawa ke Hospital Roorkee Civil dan doktor mengesahkan mereka merupakan mangsa serangan seksual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: