Tempatan

Minyak Sawit: Malaysia Sedia Penuhi Permintaan India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2022 – Malaysia bersedia untuk memenuhi permintaan minyak sawit dari India berikutan bekalan yang tidak konsisten dari Indonesia susulan daripada perubahan dalam dasar eksport minyak sawit, kata Menteri Industri Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, kurang dari satu tahun dasar dalam eksport minyak sawit Indonesia telah mewujudkan ketidaktentuan pasaran di negara pengimport utama seperti India.

“MPIC akan meningkatkan usaha untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia, bukan sahaja di India tetapi di seluruh dunia, termasuk pasaran bukan tradisional selaras dengan kempen ‘Gerakan Global Untuk Memenangi Kebaikan Minyak Sawit,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi membantu Indonesia mengurangkan stok minyak sawitnya yang tinggi.

Bulan lalu, harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kekal lemah berikutan saingan yang kuat daripada Indonesia, katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: