Tempatan

Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 –  Singapura-Malaysia perlu meneroka kerjasama bagi menangani isu perubahan iklim termasuk ekonomi digital dalam mempertingkat kelestarian, melangkaui bidang kerjasama sedia ada, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Menon berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara berhubung ekonomi digital, ekonomi hijau dan keselamatan siber semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu merupakan permulaan positif.

Jelasnya, Singapura berminat untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan Malaysia dengan memberi contoh MoU yang ditandatangani antara NParks dan Majlis Biodiversiti Pahang mengenai Kerjasama dalam Pemuliharaan Flora dan Hidupan Liar pada Jun lepas.

BACA JUGA: Varian Baharu COVID-19: Jemaah Umrah Digalakkan Pakai Pelitup Muka Di Dua Masjid Suci

BACA JUGA: Pindah Bahan Batuan Secara Haram, Lapan Termasuk Lima PATI Ditahan

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

Dalam padai itu, beliau turut berharap rakyat Singapura dan Malaysia terus mencari peluang untuk berinteraksi, bekerjasama dan belajar antara satu sama lain menuju ke arah impian masa depan lebih baik.

“Seperti yang dikatakan oleh Presiden Halimah Yacob semasa lawatan pada Mac, apa yang Singapura dan Malaysia boleh capai bersama hanya terhalang oleh imaginasi dan kehendak politik.”

Menon berkata demikian pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-58 di Hotel Shangri-la pada Rabu.

Hari Kebangsaan ke-58 Singapura disambut dengan tema ‘Bersama’ menggariskan hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh antara Singapura dan Malaysia dan menekankan bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama untuk menangani cabaran masa depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: