Tempatan

Harga Tepung Naik Mendadak, Peniaga Roti Resah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAYAN LEPAS, 19 Jun 2022 – Peningkatan harga tepung yang naik mendadak cetus keresahan dalam kalangan peniaga kuih serta roti yang terpaksa mengurangkan penggunaan tepung berikutan bekalannya yang terhad.

Menurut seorang peniaga roti, Nordiana Mat Nayan, beliau terpaksa mengurangkan penggunaan tepung sejak beberapa minggu yang lalu daripada 15 kilogram (kg) kepada 10kg sahaja sehari.

“Saya memang rasa terbeban, lebih-lebih lagi bekalan juga susah hendak dapat ketika ini. Kami hanya diberi empat hingga lima kotak untuk setiap pembelian. Kalau hendak membeli tepung lebih murah pula, dapat satu kotak saja.”

“Saya memang menggunakan tepung berjenama bagi menjaga kualiti roti dihasilkan. Sebelum Aidilfitri lalu, harga tepung itu cuma RM23 sekotak dengan berat 10kg.”

“Bagaimanapun, harganya terus meningkat kepada RM27, diikuti RM29 sehinggalah RM36 sekarang,” jelasnya.

Susulan itu, bagi menampung kos bahan mentah, beliau terpaksa menaikkan harga rotinya antara 50 sen hingga RM1.

Bulan lalu, India yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar dunia menghentikan eksport gandum bagi menangani ancaman keselamatan makanan negara tersebut susulan peningkatan harga bijirin yang naik mendadak.

Sebelum ini, Samudera.my pernah melaporkan bahawa harga barang akan melonjak sehingga 60 peratus pada Jun dan ia telah dirasai rakyat bermula Ramadan lalu apabila kebanyakan keperluan asas seperti daging, ayam serta sayur-sayuran meningkat naik.

Leave a Reply

Back to top button